1.0 TUJUAN Kertas kerja “5th International Youth Gathering” (Perhimpunan Belia Antarabangsa Ke-5) inidiadakan bagi mendapatkan kelulusan dan bantuan kewangan daripada pihak univ ersiti,syarikat-syarikat korporat dan badan-badan pertubuhan yang berpotensi bagi menampunkos perbelanjaan perjalanan bagi penyertaan delegasi Malaysia. 2.0 PENDAHULUAN Berpandukan ayat yang dipetik daripada Al-Qur’an: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al Hujurat: 13), kami telah bermuafakat untuk menyertai program Perhimpunan Belia Kebangsaan yang akan diadakan di Morocco. Misi ke sana bukanlah perkara yang sia-sia kerana tujuan dan konteks program ini diadakan adalah agar para belia sedar akan pentingnya ketamadunan bagi pemuda dalam membina kesedaran dan kemajuan budaya. |
Seperti yang kita ketahui, keadaan antarabangsa yang mana memerlukan pengukuhan dari segi ukhuwah dan juga pertukaran intelek sesama belia akan lebih memantapkan perpaduan sesama Muslim. Berpandukan tema “Remaja Dan Masyarakat Sivil” (“youth and civil society”), perhimpunan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan asas bagi pengetahuan yang lebih tinggi antara satu sama lain, peningkatan tahap kesedaran tentang isu-isu intelektual dan saat ini mendominasi dunia Islam melalui forum perbincangan dan seminar, lawatan ke NGO-NGO di negara tuan rumah dan beberapa tempat budaya dan sosial.
3.0 OBJEKTIF
1. Memperdalam persatuan doktrinal emosional di antara pemuda di forum.
2. Untuk menyoroti peranan penting pemuda dalam penyelarasan dan pelaksanaan projek aksi awam.
3. Menghidupkan kesedaran awam melalui Mesyuarat Pemuda Antarabangsa
4. Melahirkan pemuda Muslim yang rela membela bangsa dan isu-isu kemanusiaan dengan adil.
5. Membincangkan tentang diskriminasi yang berlaku kepada pemuda di antara tamadun awam dan sejarah budaya terutamanya negara-negara Islam.
4.0 PESERTA
· Seramai 11 orang mahasiswa (nama & no. pasport) yang terpilih akan menyertai program ini:
1. Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin (A18635032)
2. Syed Kamil Bin Syed Md Nasser (A14699865)
3. Wan Fatimatuzahrah Bt Wan Othman (A18977006)
4. Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad (A17869127)
5. Naheed Binti Azhari (A19072786)
6. Nuramirah Binti Shahrin (A18977006)
7. Raja Nurul Balqis Bt Raja Md Arif (A19163680)
8. Lina Mursyidah Binti Hamzah (A21158316)
9. Adli Zakuan Bin Zairakithnaini (A14676685)
10. Abdul Halim Bin Hamid (A18455361)
11. Nur Hafizah Binti Ahmad Puzi (A19863170)
5.0 TARIKH
· 22hb Januari hingga 1hb Februari 2011
6.0 TEMPAT
· Casablanca – Marrakech – Agadir – Laayoune, Morocco.
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung
Tn. Hj. Ahmad Azam Ab. Rahman
Penasihat
Jufitri Joha
Pengarah
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
Timbalan pengarah
Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad
Setiausaha
Naheed Azhari
Penolong Setiausaha
Wan Fatimatuzahra Wan Othman
Bendahari
Raja Nurul Balqis Raja Md Arif
Unit:
Dana & Tajaan
Abdul Halim Hamid
Syed Kamil Syed Md Nasser
Dokumentasi
Nuramirah Shahrin
Lina Mursyidah Hamzah
Tugas-tugas Khas
Nur Hafizah Ahmad Puzi
Teknikal
Adli Zakuan Ziarakithnaini
8.0 ATURCARA PROGRAM/AKTIVITI
Berikut adalah program/aktiviti yang akan dijalankan secara umum:
24hb Januari, Casablanca:
· Penerimaan delegasi untuk melakukan perjalanan ke Rabat untuk melawat Royal Canselor Prof Dr Abbas Jerari, bermalam di Casablanca.
25hb Januari, Casablanca:
· Lawatan ke persatuan Kesatuan yang berpusat di Casablanca dan makan tengahhari di salah satu tempat disitu, bersolat di Masjid Hassan II, lawatan ke beberapa Usahawan Maghribi dan berbicara tentang ekonomi nasional.
26hb Januari, Marrakech:
· Sejarah dan kebudayaan Kerajaan Morocco: tatarajah percampuran diantara pengetahuan sains dan aspek pelancongan.
27hb Januari, Marrakech:
· Pertemuan dengan para profesor yang mendalami sejarah tamadun Morocco.
28hb Januari, Agadir:
· Melihat realiti pembangunan pertanian Suez.
29hb Januari, Laayoun:
· Melihat salah satu masalah yang merobek dunia Muslim, peninggalan Cold War (Perang Dingin) dan sisa-sisa kolonialisme.
30hb Januari, Laayoun:
· Melihat isu berkaitan Gurun Sahara dan melawat para pegawai di kawasan tersebut.
31hb Januari:
· Kembali ke Agadir, lawatan ke pejabat dan bermalam di sana.
1hb Februari:
· Berlepas pulang di lapangan terbang Mohammed V: Penyediaan dan pemberian hadiah daripada pihak Morocco kepada peserta.
9.0 PERUNTUKAN KEWANGAN
Tiket kapal terbang pergi dan balik dan perbelanjaan untuk seorang peserta: RM3000.
11 orang X RM3000 = RM33 000
Nota: Mengalu-alukan juga sebarang penajaan dalam bentuk tunai, perkhidmatan dan material.
10.0 PENUTUP
Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan Allah SWT kepada semua pihak yang terlibat dan berusaha dengan gigih dalam menjayakan program kami ke Persidangan Belia Antarabangsa (IYG) ini. Diharapkan agar usaha ini akan berterusan dan berkekalan hingga ke akhirnya demi melahirkan mahasiswa yang dapat menghayati nilai-nilai murni persaudaraan sesama Muslim.
No comments:
Post a Comment