Catatan IYG 5 Maghribi + transit di Doha,Qatar
Peserta IYG 5 dari Malaysia berkumpul di KLIA dan menaiki penerbangan Qatar Airways dari KLIA ke Doha,Qatar jam 10.10 pagi dan tiba di Doha jam 12.22 waktu Doha.Kami transit di Doha selama 12 jam dan mengambil keputusan hanya duduk di lapangan terbang sementara menunggu penerbangan seterusnya.Di sini,kami mengadakan aktiviti bebas dan santai sambil merancang beberapa perkara sebagai persiapan program di Maghribi.Qatar Airways menyediakan kupon makanan untuk setiap orang dan kami juga mendapat kemudahan internet percuma di lapangan terbang Doha ini.Jam 01.05 waktu Doha,kami menaiki penerbangan ke Casablanca dengan transit sebentar 1 jam di Tripoli,Libya.
Hari Pertama Ahad 23/01/2011
Tepat jam 0830 waktu Casablanca,kami tiba di Lapangan terbang Mohammed V Casablanca dan kami telah disambut oleh beberapa orang pelajar Malaysia di Maghribi dan ahli jawatankuasa program IYG 5 Maghribi dari Mehdi Aboud Foundation.Turut bersama kami ketika itu ialah peserta IYG 5 dari Bahrain dan USA yang juga baru tiba.Semua peserta IYG 5 dibawa menaiki bas yang disedikan pihak penganjur menuju ke Hotel Ajiad,Casablanca,tempat penginapan peserta.Di hotel ini setiap peserta berkongsi 1 bilik 2 orang.
Selepas berehat beberapa seketika,para peserta dibawa menaiki bas menziarahi pejabat Mehdi Aboud Foundation dan disini kami berjjumpa dengan Pengerusi Mehdi Aboud Foundation, Dr Abdul Fettah Fehdi ,makan tengahari dan sesi taaruf dan taklimat ringkas berkenaan Maghribi
Kami kemudiannya ke Lapangan Terbang Mohammed V menaiki bas beramai-ramai untuk menanti dan mengambil peserta IYG dari Turki yang baru tiba.
Dari lapangan terbang ,para peserta IYG menaiki bas menuju ke kediaman penasihat Raja Maghribi,Dr Abbas Al Jarari di Rabat.Di kediaman beliau,Dr Abbas Al-Jarari memberi pengisian berkenaan anak muda dan masa depan Islam,kepentingan budaya ,dan perihal sejarah Maghribi,Andalus,Eropah.Para peserta IYG turut berpeluang berdialog dengan beliau dalam sesi soal jawab selepas itu.Dr Abbas Al Jarari turut menghadiahkan para peserta IYG 5 buku-buku tulisan beliau berkaitan sastera Arab,sejarah dan budaya.
di airport Doha
sesampai kami di airport Casablanca, Maghribi
bersama mama ruqayah
wakil lelaki Malaysia bersama wakil lelaki dari Iraq dan Maghribi
makan tengahari di Mehdi Bin Aboud Foundation
En Fehdi bersama ketua deligasi Fahmi
Amirah dan Hafizah bersama wakil wanita dari Maghribi
bergambar di airport
perjumpaan bersama penasihat di raja Maghribi
bersama isteri Prof Abbas
nota kaki: Hari pertama di Maghribi kami sudah mendapat banyak informasi dan ilmu.
No comments:
Post a Comment