Perhimpunan Belia Antarabangsa adalah acara tahunan yang tidak asing bagi President PKPIM kerana beliau sendiri pernah menghadiri acara tahunan tersebut sebanyak 2 kali iaitu di Turki dan di Indonesia . Beliau mengucapkan tahniah kepada kesemua wakil pelajar yang akan ke Morocco untuk perhimpunan kali ini dan mewasiatkan beberapa perkara . Antaranya , beliau menyentuh aspek bahasa kerana perhimpunan ini disertai oleh belia dari pelbagai negara dalam dunia islam , ini bermaksud bahasa yang mungkin menjadi tunjang utama percakapan mereka adalah bahasa Arab . Selain itu , bahasa Inggeris juga perlu diberi penekanan kerana bahasa tersebut adalah bahasa komunikasi yang digunakan manusia di seluruh dunia .
Saudara Faisal juga menasihatkan kami untuk membuat kajian tentang negara yang bakal dilawati dari aspek bahasa , budaya , politik semasa dan juga sistem kerajaan mereka supaya para peserta dapat lebih memahami cara dan senang untuk berkomunikasi dengan mereka seperti kata pepatah ; masuk kandang kambing mengembek ; masuk kandang kerbau menguak . Selain itu , beliau juga menyarankan kami semua untuk membina hubungan persahabatan dengan seramai mungkin sahabat - sahabat yang bersama dalam perhimpunan tersebut supaya kita boleh berkongsi pendapat dan idea untuk memantapkan lagi ummah dan nama Islam di peringkat lokal dan global .
Akhir kata dari saudara Faisal adalah beliau berharap kumpulan ini dapat mengharumkan nama negara dan juga nama NGO yang diwakili serta dapat belajar dari perhimpunan yang akan dihadiri . Moga manfaat yang dapat dikongsi bersama yang lain . Pertemuan dengan saudara President berakhir pada pukul 9.30 pagi . Segala nasihat yang diberikan akan dijadikan panduan kami sepanjang perhimpunan yang kami akan hadiri . sebelum mengakhiri pos kali ini ingin saya memetik kata - kata pujangga buat sahabat - sahabat semua "Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji".
(dari kiri : fahmi , president (Saudara Faisal ) , adli)
No comments:
Post a Comment